Kami berharap anda tidak terlepas dengan tawaran Alien Isolation dan juga Hand of Fate 2 secara percuma di Epic Games Store yang sudah berakhir semalam, dan mereka telah menggantikan dengan permainan Idle Champions of the Forgotten Realms yang boleh ditebus bermula sekarang sehingga 6 Mei 2021.

Idle Champions of the Forgotten Realms adalah permainan incremental di mana pemain hanya bermain secara ringkas sahaja. Ia adalah seakan permainan mudah alih gacha seperti Raid: Shadow Legends. Namun, bagi permainan ini ia adalah berdasarkan watak-watak Dungeon & Dragons. Ia dibangunkan oleh Codename Entertainment dan dikeluarkan sejak tahun 2018 lagi, tetapi baru tiba di PC pada tahun lepas. Ia merupakan permainan percuma, tetapi jika anda log masuk permainan ini, pemain akan menerima kandungan di dalam permainan yang bernilai $100.

Selepas tawaran ini berakhir, Epic Games Store menawarkan pula permainan Pine iaitu permainan pengembaraan dunia terbuka.

Sohor Kini