EA dan Respawn Entertainment sebelum ini telah mengumumkan yang Legend baharu untuk permainan battle royale mereka Apex Legends adalah Valkyrie iaitu anak kepada Viper, antagonis di dalam permainan Titanfall 2. Minggu ini, mereka telah berkongsi maklumat lanjut untuk Valkyrie dan anda boleh tontonnya di bawah.

Berikut adalah kebolehan yang disertakan untuk Valkyrie;

  • Vtol Jets (Passive) – Valkyrie boleh menggunakan jetpack untuk bergerak di udara, bahan api adalah terhad akan tetapi ia akan diisi semula apabila tidak digunakan.
  • Missile Swarm (Tactical) – Valkyrie boleh menembak sebilangan roket-mini yang akan melakukan damage dan juga mengaburkan pemandangan lawan.
  • Skyward Dive (Ultimate) – Valkyrie akan terbang ke atas dan kembali skydive, sama ada untuk melarikan diri daripada pertempuran ataupun menuju ke tempat lawan. Valkyrie juga boleh membawa kesemua rakan sepasukan bersama.

Valkyrie akan tiba pada 4 Mei bersama dengan musim baharu iaitu Legacy yang akan turut menerima mod permainan baharu iaitu Arenas, peta Olympus yang dikemaskini, dan juga senjata baharu seperti Bocek Bow.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang. Ia percuma untuk dimainkan dan mempunyai pembelian di dalam aplikasi. Versi mudah alih juga diumumkan, akan memasuki sesi beta tertutup tidak lama lagi.

Sohor Kini