Riot Games telah berkongsi pelbagai kandungan baharu yang akan disertakan bersama dengan kemaskini 2.2b yang akan tiba bermula minggu ini sehingga awal Mei. Antara yang disertakan adalah wira, kostum, perhiasan dan acara masa terhad baharu.

Wira baharu yang akan disertakan adalah Rengar dan Kha’Zix yang akan tiba pada 8 Mei 2021, Rengar jika di dalam League of Legend merupakan Assassin dan mempunyai kebolehan seperti berikut;

  • Unseen Predator: Melakukan serangan hendap semasa menyorok di dalam rumput
  • Savegery: Serangan kuat jarak dekat menggunakan pedang dan kukunya
  • Battle Roar: Mengaum untuk mencederakan lawan dan juga menyembuhkan
  • Bola Strike: Membaling perangkap yang akan memperlahankan
  • Thrill of the Hunt: Rengar akan menyadi halimunan dan mendedahkan lawan di kawasan persekitaran, Rengar juga boleh melakukan serangan hendap tanpa perlu menyorok

Wira kedua adalah musuh kepada Rengar iaitu Kha’Zix, yang juga merupakan seorang Assassin. Berikut adalah kebolehannya jika mengikut League of Legends;

  • Unseen Threat: Jika Kha’Zix berada dekat dengan lawan yang berseorangan, serangannya lebih berkuasa dan akan memperlahankan pergerakan.
  • Taste Their Fear: Melakukan serangan jarak dekat, dan serangan lebih kuat untuk lawan yang berseorangan.
  • Void Spike: Kha’Zix akan melempar tiga duri yang boleh meletup. Tiga duri tersebut boleh dibaling secara bersebelahan ataupun secara lurus.
  • Leap: Kha’Zix akan melompat kepada lawan dan melakukan serangan fizikal.
  • Void Assault: Kha’Zix akan menjadi halimunan dan mendapat kebolehan Unseen Threat walaupun berada berhampiran dengan ramai lawan.

Bagi kostum baharu pula, ia akan menyertakan kostum untuk wira seperti Janna, Nami, Darius, Garen dan dua wira baharu iaitu Rengar dan juga Kha’Zix. Berikut adalah kostum yang disertakan sepanjang kemaskini ini;

● Forecast Janna
● Program Nami
● God-King Darius
● God-King Garen
● Death Blossom Kha’Zix
● Night Hunter Rengar

Pelbagai barangan perhiasan juga akan disertakan di mana, ia boleh didapati dengan pelbagai cara di dalam permainan. Berikut adalah barangan perhiasan yang akan tiba sepanjang kemaskini ini;

  • Ikon: The Voidreaver, The Pridestalker, Apex Predator atau King of the Rift
  • Emote: Heh!, GameTime, Adorable Assailant
  • Spawn Tag: The Voidreaver, The Pridestalker
  • Bingkai Ikon: The Hunt Begins
  • Bauble: The Wolf Knight, The Celestial Lion, Void Wing, Trophy Collection

Acara masa terhad baharu pula adalah Master of the Hunt bersempena hadirnya wira baharu Rengar dan Kha’Zix, maklumat lanjut mengenai acara ini akan dikongsi kemudian akan tetapi pemain berkemungkinan perlu memilih untuk menyertai kumpulan Rengar ataupun Kha’Zix. Ikon untuk Apex Predator atau King of the Rift yang disediakan untuk barangan perhiasan di atas akan bergantung kepada kumpulan mana yang menang.

Selain itu Riot Games juga telah mengumumkan sistem baharu iaitu Nemesis Duel, di mana jika memenuhi syarat-syarat tertentu sistem ini akan berlaku semasa perlawana. Ia adalah secara rawak dan tidak akan sentiasa berlaku. Namun, apabila ia terjadi, pengumuman akan dilakukan.

Sistem ini akan terus kekal dan untuk Nemesis Duel yang pertama ia memfokuskan kepada wira baharu, di mana jika Rengar memenangi pertarungan, dia akan terus menerima Ferocity untuk Thrill of the Hunt dan jika Kha’Zix menang, dia akan mendapat tambahan markah Evolution.

Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipenuhi agar sistem Nemesis Duel berpeluang untuk berlaku;

  • Kedua-duanya berada di Level 13 atau lebih
  • Kedua-duanya tidak mengenakan atau menerima damage champion dalam 5 saat
  • Kedua-duanya masih hidup
  • Kedua-duanya berada sekurang-kurangnya 16 unit dari satu sama lain

Akhir sekali, Riot Games juga telah melakukan pelbagai kesimbangan semula untuk wira, item, rune, spell dan juga sistem permainan. Anda boleh baca perubahan penuh di blog rasmi Wild Rift. Berikut pula adalah wira-wira yang boleh dicuba buat sementara waktu;

  • 29 April – 5 Mei : Ezreal, Jarvan IV, Jhin, Leona, Lee Sin, Malphite, Orianna, Seraphine, Rakan, Teemo
  • 6 May – 12 Mei: Amumu, Camille, Draven, Katarina, Kennen, Lulu, Nami, Rammus, Vayne, Zed

League of Legends: Wild Rift sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android, ia boleh dimuat turun secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini