Selain mengumumkan Among Us serta memperlihatkan Subnautica: Below Zero, PlayStation juga telah berkongsi video bentuk permainan baharu untuk Ratchet & Clank: Rift Apart. Video 15 minit tersebut memperlihatkan rekaan grafik, pengembaraan dan juga pertempuran. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Di dalamnya, ia memperlihatkan Rivet iaitu watak baharu yang boleh dikawal oleh pemain cuba menyelamatkan Clank yang telah disedut oleh robot berbentuk lipan. Ratchet pula berada di Nefarious City dan dia tampaknya terpisah daripada Clank. Insomaniac Games mengatakan yang ia akan membawa penceritaan kendiri dan pemain tidak perlu bermain permainan pertama sebelum bermain permainan ini.

Seperti diperlihatkan sebelum ini, Ratchet dan Rivet mempunyai kebolehan untuk memasuki dimensi lain, dan dengan bantuan SSD, pertukaran di antara dua dimensi berlaku secara terus tanpa sebarang skrin pemuatan. Mereka juga memperlihatkan cara baharu untuk mengembara, antaranya adalah Phantom Dash dan juga berlari di dinding. Ia juga boleh digunakan semasa bertempur.

Pelbagai pilihan senjata juga diperlihatkan, tambahan daripada itu, Insomniac Games juga berkongsi bagaimana mereka menggunakan fungsi haptic dan juga Adaptive Trigger di DualSense. Pemain akan merasai getaran berdasarkan aksi semasa bermain, manakala adaptive trigger pula dengan satu butang pemain boleh melakukan dua jenis tembakan berbeza iaitu secara satu persatu ataupun secara burst.

Akhir sekali, mereka juga memperlihatkan fungsi mod foto yang akan disertakan di dalam permainan ini untuk pemain menjadikan Ratchet ataupun Rivet sebagai model dan juga sekadar mengambil gambar persekitaran.

Ratchet & Clank: Rift Apart akan dilancarkan secara esklusif untuk PlayStation 5 pada 11 Jun 2021.

Sohor Kini