Subnautica: Below Zero merupakan permainan seterusnya untuk siri Subnautica, ia pada awalnya dibangunkan sebagai DLC untuk permainan tersebut akan tetapi selepas skop permainan bertambah, Unknown Worlds menjadikan ia sebagai permainan kendiri.

Ketika acara State of Play, mereka telah berkongsi lanjut mengenai Subnautica: Below Zero di mana mereka berkongsi video bentuk permainan terbaru yang dimainkan di PlayStation 5. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Berbanding Subnautica, Below Zero akan lebih memfokuskan kepada penceritaan, bersama dengan konsep pengembaraan untuk permainan ini. Tambahan itu, ia juga memperlihat pemain berada di darat, satu lagi perbezaan berbanding permainan yang pertama.

Subnautica: Below Zero sudah dilancarkan di PC secara akses awal, ia juga akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan Switch pada 14 Mei 2021.

Sohor Kini