PlayStation hari ini menganjurkan State of Play di mana mereka akan melakukan pengumuman yang memfokuskan kepada Ratchet & Clank: Rift Apart. Namun, mereka juga mengambil kesempatan untuk mengumumkan permainan baharu yang akan tiba untuk konsol mereka.

Antara permainan yang diumumkan adalah Among Us yang diumumkan untuk PlayStation 4 dan juga PlayStation 5. Ia tidak menerima sebarang tarikh pelancaran, akan tetapi diperlihatkan kostum berdasarkan Ratchet & Clank akan disertakan secara eksklusif untuk versi PlayStation.

Among Us sebelum ini turut diumumkan untuk Xbox dan akan tiba sekitar tahun ini, oleh itu berkemungkinan ia akan dilancarkan bersama dengan versi PlayStation ini. Ia sudah dikeluarkan untuk Switch, PC dan juga iOS serta Android.

Sohor Kini