Netflix semakin lama semakin bijak dengan menawarkan banyak ciri dan fungsi yang cukup pintar. Selepas beberapa bulan hadir dengan ciri Play Something secara senyap, akhirnya Netflix mengumumkan ciri ini secara rasmi.

Ciri ini adalah seakan butang memainkan sesuatu secara rawak, tetapi ia jauh lebih pintar. Jika pengguna menekan butang ini, Netflix akan memainkan sesuatu filem atau siri TV yang mempunyai genre yang sama dengan yang pernah pengguna tonton. Selain itu, Netflix turut boleh memainkan sesuatu filem atau episod daripada mana-mana siri TV yang pernah anda tonton sekali lagi – kerana inginkan anda tonton sekali lagi selepas sekian lama tidak menontonnya. Akhir sekali, filem atau siri TV yang tidak habis tonton – ciri ini boleh mainkan semula dengan terus bersambung dari mana yang pengguna tinggalkan.

Play Something akan muncul di bawah nama profil pengguna, di barisan laman utama aplikasi Netflix dan juga di dalam menu. Buat masa ini ciri ini masih terhad kepada Netflix untuk televisyen sahaja. Netflix menyatakan yang ciri ini turut akan dibawa ke platform peranti mudah alih seperti iOS atau Android di masa akan datang.

Sohor Kini