EA telah mengumumkan yang permainan kompetitif dodgeball mereka Knockout City akan dilancarkan sebagai permainan untuk EA Play dan melaluinya, pelanggan Xbox Game Pass Ultimate juga akan mendapat permainan ini melalui langganan mereka.
Knockout City merupakan permainan multi-pemain yang memerlukan pemain membaling bola kepada lawan, semasa pelancaran, ia akan menyertakan mod 3v3, 4v4 dan juga Street Play yang akan dimainkan secara berseorangan melawan pemain lain. Bagi pemain yang inginkan cabaran ia juga akan menyertakan League Play dan sistem ranked. Pemain juga boleh bermain bersama rakan sahaja melalui private match.
Selain itu, EA juga telah mengumumkan semasa sesi beta terbuka untuknya, ia telah dimuat turun sebanyak 1 juta kali dan terdapat 63 juta kali Knockout yang dilakukan. Mereka juga berkongsi video sambutan untuknya yang anda boleh tonton di atas.
Ia akan dikeluarkan pada 21 Mei 2021 untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.