Dunia Genshin Impact dipenuhi dengan pelbagai barangan untuk dicari oleh pemain, pemain boleh mengembara untuk mencarinya akan tetapi ia akan menjadi lebih mudah jika merujuk kepada peta yang memperlihatkan barangan-barangan tersebut.

Sebelum ini, pemain sudah hadir dengan peta interaktif mereka sendiri, namun kini Mihoyo telah hadir dengan peta interaktif mereka sendiri. Selain menawarkan lokasi untuk setiap barangan, mereka juga membolehkan pemain untuk senaraikan pin-pin yang diletakkan sendiri. Pada percubaan kami, fungsi tersebut masih tidak berfungsi dengan baik.

Dengan mereka hadir dengan peta interaktif tersendiri, kita boleh jangkakan kandungan terbaru akan disertakan dengan lebih pantas berbanding peta-peta interaktif oleh peminat. Anda boleh layari peta ini melalui pautan ini, ia juga menyokong 13 pilihan bahasa.

Genshin Impact sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PC, iOS dan Android. Buat masa ini ia juga boleh dimaikan di PlayStation 5 melalui fungsi keserasian belakang. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini