Apple hari ini melancarkan kemaskini sistem operasi terbaru untuk iPhone dan juga iPad iaitu iOS 14.5 dan juga iPadOS 14.5. Walaupun ia bukanlah kemaskini utama, tetapi tetap menyediakan pelbagai penambahan fungsi, antaranya adalah sokongan untuk alat kawalan DualSense dan juga alat kawalan Xbox Series.

Kedua-dua peranti Apple tersebut sebelum ini telah menyokong alat kawalan konsol generasi lepas, dan kini anda boleh gunakan alat kawalan generasi baharu untuk bermain permainan-permainan di iPhone dan iPad yang menyokongnya. Permainan Apple Arcade, contohnya kesemua permainan menyokong penggunaan alat kawalan.

Seperti sokongan sebelum ini, ia juga menyokong fungsi seperti getaran alat kawalan, menangkap gambar dan juga video menggunakan ‘share’ button dan juga mengubah-suai tetapan butang. Kemaskini ini sudah boleh dimuat turun untuk iPhone dan iPad yang menyokong sistem operasi 14.0.

Sohor Kini