Musim baharu Apex Legends akan bermula pada 4 Mei ini, musim ke-9 ataupun dipanggil sebagai Legacy sebelum ini diumumkan akan menyertakan antaranya Legend baharu iaitu Valkyrie, selain itu, mereka juga memperkenalkan senjata Bocek Bow. Minggu ini, mereka mengumumkan mod kekal baharu iaitu Arenas.

Berbanding pertempuran 20-skuad, Arenas akan melakukan pertempuran 2-skuad sahaja iaitu 3 lawan 3. Skuad akan mendapat 1 markah apabila berjaya membunuh ketiga-tiga lawan. Setiap Legends yang terjatuh boleh dibangunkan semula akan tetapi apabila terbunuh, fungsi respawn tidak disertakan. Pemenang keseluruhan perlu memenangi 2 lebih pusingan, iaitu 2-0 ataupun 3-1, jika perlawanan menjadi 4-4 pusingan Sudden Death akan bermula.

Pada permulaan untuk setiap pusingan Arenas, pemain boleh gunakan Materials yang diperoleh daripada pusingan sebelum ini untuk membeli senjata, peningkatan tahap, skills dan juga barangan bantuan. Setiap pembelian hanya kekal untuk satu pusingan sahaja, dan tidak akan dibawa ke pusingan seterusnya. Namun, material boleh disimpan dan dibawa, begitu juga skill yang dibeli, jika tidak digunakan ia boleh di bawah ke pusingan berikutnya.

Selain mendapatkan materials di persekitaran peta, pemain juga akan mendapatnya dengan membunuh lawan. Pada penghujung pusingan. circle juga akan tertutup dan senjata serta barangan peningkatan tahap boleh didapati. Permulaan pusingan lagi pemain boleh melihat di mana circle akan berakhir dan senjata apa yang akan diturunkan.

Bagi peta untuk mod Arenas pula, mereka memperkenalkan dua peta baharu iaitu Party Crasher dan Phase Runner selain itu terdapat 3 peta daripada peta Battle Royale yang dijadikan tempat Arenas. Ia akan ditukar setiap 2 minggu, sebagai permulaan ia adalah Artillery dari Kings Canyon, Thermal Station dari World’s Edge, dan Golden Gardens dari Olympus.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang. Ia percuma untuk dimainkan dan mempunyai pembelian di dalam aplikasi. Versi mudah alih juga diumumkan, akan memasuki sesi beta tertutup tidak lama lagi.

Sohor Kini