PUBG Mobile Pro League Malaysia/Singapura untuk musim ketiga baru sahaja selesai dianjurkan dan ia telah memperlihatkan RSG Malaysia menjadi juara keseluruhan selepas mendapat 196 markah, di tempat kedua adalah Geek FAM dengan 177 markah. Anti Circle dan J8 Esports masing-masing berada tempat ketiga dan keempat.

Juara bagi peringkat kumpulan iaitu Dingoz MPX hanya mendapat tempat ke-9 selepas mengutip 123 markah sahaja, namun mereka masih lagi layak ke peringkat Asia Tenggara bersama dengan RSG Malaysia dan juga Geek FAM sebagai juara dan naib juara.

Berikut adalah hadiah-hadiah yang dimenangi oleh pasukan yang berjaya di peringkat akhir dan juga peringkat kumpulan;

Peringkat Akhir

  • Juara: RSG Malaysia – $15,500
  • Naib Juara: Geek Fam – $10,400
  • Tempat Ketiga – $7,800
  • Tempat Keempat – $5,200

Peringkat Kumpulan

  • Tempat Pertama: Dingoz MPX – $8,500
  • Tempat Kedua: Team Secret – $8,300
  • Tempat Ketiga: Geek Fam – $6,500
  • Tempat Keempat: Taugeh Ayam Esports – $6,300

Sohor Kini