Selepas penerimaan yang baik untuk A Way Out yang merupakan permainan sulung Hazelight Studios iaitu studio yang ditubuhkan oleh Josef Fares mereka kembali lagi dengan permainan koperasi iaitu It Takes Two. Permainan tersebut sudah-pun dilancarkan pada 26 Mac 2021.
Hampir sebulan dikeluarkan, Hazelight Studios telah mengumumkan yang permainan tersebut telah terjual 1 juta unit dan masih terjual dengan baik sekarang ini. Bersama dengan pengumuman tersebut, mereka juga berterima kasih dengan sokongan untuk permainan tersebut.
Seperti A Way Out, It Takes Two juga telah menerima penerimaan yang baik, di Metacritic ia telah menerima skor 88 untuk kebanyakan platform yang dikeluarkan.
It Takes Two sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Seperti A Way Out, hanya satu pembelian sahaja diperlukan untuk anda bermain dengan rakan.