Pada Februari lepas, Microsoft telah mengumumkan yang mereka memperkenalkan fungsi baharu untuk permainan keserasian belakang iaitu FPS Boost. Melaluinya, ia akan mempertingkatkan kadar kelancaran untuk permainan-permainan lama tanpa perlu sebarang kemaskini oleh pembangun.

Semasa ia dilancarkan sebelum ini, ia menawarkan 5 permainan, hari ini mereka menambah 18 lagi permainan dan memfokuskan kepada permainan-permain EA yang ditawarkan di Xbox Game Pass melalui EA Play. Antara permainan yang diumumkan adalah Battlefield V, Star Wars Battlefront II, Titanfall 2 dan Mirror’s Edge Catalyst yang menyokong sehingga 120hz.

Selain itu, mereka juga menyertakan beberapa permainan Bethesda seperti Dishonored, Fallout 76, Prey, dan The Elder Scrolls V: Skyrim Special Edition. Menurut Microsoft, sesetengah permainan direndahkan resolusi untuk mencapai FPS Boost ini, oleh itu mereka tidak akan membuka fungsi ini secara automatik dan anda boleh membukanya secara sendiri melalui tetapan.

Sohor Kini