Jagex pada minggu ini telah mengumumkan yang permainan MMORPG popular RuneScape akan dikeluarkan untuk iOS dan juga Android pad suku ketiga tahun ini. Pra-daftar untuknya telah pun dibuka di App Store dan juga Play Store dan pemain akan diberikan pelbagai ganjaran dengan melakukannya.

Pada tahun 2018, mereka sudah hadir dengan permainan mudah alih untuknya, akan tetapi ia adalah berdasarkan RuneScape versi lama dan kali ini, ia akan menawarkan permainan yang lebih terbaru. Runespace sudah dilancarkan sejak tahun 2001 untuk PC.

Runespace boleh dimainkan secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini