U Mobile telah mengumumkan yang mereka akan kembali dengan kejuaraan Mobile Legends Campus Championship untuk musim ke-3. Kejohanan ini dianjurkan dengan kerjasama di antara U Mobile, Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia Esports, Moonton dan LiveatPC.com.

Bagi musim ke-3, mereka akan memperluaskan lagi kategori termasuk juga untuk segmen Sekolah Menengah. Kali ini ia akan menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM60 ribu dan 32,520 berlian untuk permainan Mobile Legends. Kejohanan ini akan menyertakan dua kategori utama iaitu peringkat negeri dan juga peringkat kebangsaan.

Berikut adalah pecahan hadiah untuk peringkat negeri;

  • Tempat Pertama: RM1,350 + 600 berlian
  • Tempat Kedua: RM650 + 420 berlian

Manakala untuk peringkat kebangsaan pula, ia adalah seperti berikut;

  • Tempat Pertama: RM10 ribu + 5,520 berlian
  • Tempat Kedua: RM7 ribu + 4,320 berlian
  • Tempat Ketiga: RM5 ribu + 3,120 berlian

Selain pelajar Universiti, U Mobile juga hadir dengan kategori untuk pelajar sekolah menengah. Mula diperkenalkan pada musim lepas, U Mobile juga akan membuka lebih banyak peluang untuk pelajar berusia 13-17 tahun untuk menyertai kejohanan pada musim ini. Mereka berpeluang untuk memenangi RM2,800 dan 2,560 berlian.

Kejohanan ini akan bermula dengan zon Tengah, diikuti oleh zon Selatan, zon Utara, zon Pantai Timur dan zon Malaysia Timur iaitu bermula pada Mei 2021 sehingga November 2021. Pendaftaran untuknya boleh dilakukan melalui pautan ini;

Sohor Kini