Filem Mortal Kombat sudah tiba ke pawagam beberapa minggu lepas di Malaysia. Ia adalah filem aksi nyata Mortal Kombat, berasaskan permainan video popular dan dihasilkan oleh Warner Bros. Di Amerika Syarikat, filem ini hanya akan tiba bermula esok 23 April di pawagam dan juga HBO Max.

Mortal Kombat adalah olahan semula daripada francais filem lama. Ia adalah permulaan baru dengan visual, grafik dan sinematografi jauh lebih baik. Sayang sekali, jalan cerita filem ini hambar. Ia tidak konsisten, kerana kejap menarik kejap bosan dan kejap mengarut. Tetapi usaha yang cuba disampaikan itu boleh dilihat, menjadikan filem ini bolehlah… Filem ini dilaporkan akan berterusan sehingga empat filem, jika menerima sambutan yang baik dan diluluskan oleh Warner Bros.

Informasi ini didedahkan oleh Sub-Zero, yang dilakonkan oleh Joe Taslim melalui podcast “Just for Variety”. Beliau adalah pelakon dari Indonesia dan juga merupakan seorang yang mahir dalam seni pertahankan diri. Bagi yang tidak tahu, majoriti pelakon dalam filem ini semuanya handal dan mahir dalam pelbagai seni pertahan diri. Filem ini sudah pun diacah akan menyertakan watak Johny Cash di penghujung filem, tetapi masih tiada apa-apa khabar lagi. Sama-sama kita nantikan.

Ulasan di atas adalah berdasarkan tayangan di Malaysia, yang mana LPF telah sunting untuk mengurangkan visual ngeri, darah atau yang tidak menyenangkan. Bagi sesetengah orang, termasuk saya – ia menjadikan filem ini tidak menarik. Tetapi ada orang boleh sahaja terima. Anda bagaimana?

Sohor Kini