Sebagai gedung permainan video terbesar untuk PC, Steam telah menerima ratusan permainan baharu setiap bulan. Mencari permainan yang baik, terutama untuk permainan indie yang tidak mempunyai belanjawan pemasaran yang besar adalah sukar. Ini telah mengakibatkan kebanyakan permainan walaupun baik, terkubur di dalam lambakan permainan di Steam.

Bagi menyelesaikan perkara tersebut, Steam telah hadir dengan pelbagai cara untuk mencari permainan antaranya adalah “Community Recommended” dan juga “Queue”. Minggu ini, mereka menambah dua lagi cara iaitu melalui Tab baharu di bahagian atas Steam. Ia adalah “New & Noteworthy” dan “Categories”.

Bagi New & Noteworthy, ia akan menyenaraikan permainan terbaru yang mungkin kesukaan anda, selain itu, anda juga boleh memilih sub-kategori seperti Top Sellers, Trending, Recently Updated dan Popular Upcoming. Bagi Categories pula, mereka telah membahagikan kepada tiga kategori utama iaitu Genres, Themes dan Player Support.

Penambahan ini sudah pun tiba melalui laman web Steam dan juga di aplikasi Steam.

Sohor Kini