Kemaskini: Artikel diperbetulkan dengan menggunakan beberapa saat berbanding 1 saat untuk rentas jarak.

Semasa pengumuman untuk versi 1.5 bagi Genshin Impact, Mihoyo turut mengumumkan yang permainan tersebut akan dilancarkan untuk PlayStation 5 pada 28 April ini. Melalui perkongsian terbaru, mereka telah memperlihatkan beberapa kelebihan yang akan tiba untuk Genshin Impact di PS5.

Antara yang dikongsi-kan adalah, versi PS5 yang akan dimainkan dengan resolusi 4K dan setiap tekstur juga akan dipertingkatkan kualitinya. Mengambil kelebihan SSD di PS5, pemuatan di dalam permainan ini juga akan berlaku dengan pantas. Mereka mengatakan rentas jarak akan mengambil masa beberapa saat sahaja, manakala memasuki domain boleh dikatakan dengan segera.

Mihoyo juga mengumumkan perubahan eksklusif bagi Qingyun Peak untuk PlayStation 5 yang akan menawarkan pemandangan yang sedikit berbeza berbanding Genshin Impact di platform lain. Mereka juga mengatakan yang ini adalah permulaan sahaja, dengan kelebihan kuasa serta SSD di PS5 mereka akan menawarkan pelbagai lagi penambah-baikkan di masa hadapan.

PlayStation juga telah berkongsi lebih kurang 8 minit sesi permainan Genshin Impact di PS5 yang anda boleh tonton di bawah.

Genshin Impact sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PC, iOS dan Android. Buat masa ini ia juga boleh dimaikan di PlayStation 5 melalui fungsi keserasian belakang. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini