Clash of Clans sebelum ini telah menerima kemaskini di mana pelbagai bangunan dipertingkatkan had tahap termasuk juga Town Hall iaitu kini boleh mendapat tahap 14, selain mendapatkan peningkatan untuk hit point dan menjatuhkan bom racun apabila dimusnahkan, ia juga akan membolehkan pemain untuk membina Pet House.

Pet House merupakan bangunan baharu yang diperkenalkan untuk Clash of Clans, melaluinya pemain boleh mendapatkan Pet yang merupakan unit baharu. Berbanding bergerak sendiri, Pet perlu bersama dengan mana-mana hero. Buat masa ini terdapat 4 pet berbeza dan setiap-nya diperoleh apabila meningkatkan tahap Pet House sehingga tahap 4. Berikut adalah pet yang akan tiba;

  • L.A.S.S.I – Robot berbentuk anjing, ia akan menyerang penjahat yang berada 2.5 tiles dari Hero, melakukan serangan di darat dan satu sasaran pada satu masa.
  • Elector Owl – Seekor burung hantu, ia akan menyerang penjahat yang diserang oleh Hero, ia boleh melakukan serangan di udara dan juga darat dan satu sasaran pada satu masa.
  • Mighty Yak – Seekor lembu, ia akan melakukan serangan penjahat yang berada dalam lingkungan 7 tiles dari Hero, melakukan serangan di darat dan akan menyerang satu kawasan.
  • Unicorn – Anak kuda Unicorn ini akan menyerang hero lawan, ia boleh melakukan serangan di udara ataupun darat dan satu sasaran pada satu masa.

Pet-pet ini boleh dipertingkatkan tahap menggunakan Magic Items, seperti Hero ia juga boleh menggunakan Book of Heroes untuk mempercepatkan peningkatan tahap ataupun menggunakan Hammer of Heroes untuk mendapat secara terus.

Clash of Clans sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia boleh dimuat turun secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini