Skip to main content

Pembangun veteran, dan juga Pengarah untuk Overwatch serta Overwatch 2 telah mengumumkan beliau telah meninggalkan Blizzard selepas 19 tahun bersama dengan studio tersebut. Di dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman Blizzard, beliau sekadar berterima kasih kepada setiap pembangun di Blizzard yang bersama selama ini.

Jeff Kaplan menyertai Blizzard pada tahun 2002 sebagai pereka untuk permainan Warcraft III: Reign of Chaos, dan kemudiannya menjadi pereka untuk permainan MMORPG popular World of Warcraft bersama dengan dua penambahan untuknya sebelum menjadi Ketua Pereka dan Pengarah untuk Overwatch yang pembangunan bermula pada tahun 2013 selepas projek Titan dibatalkan.

Sejak daripada itu, beliau telah menjadi wajah kepada Overwatch dengan kebanyakan pengumuman mengenai permainan tersebut akan disampaikan oleh dirinya sendiri. Sesuatu yang tidak akan lagi berlaku di masa hadapan.

Bagi Overwatch 2 pula, tempat beliau akan digantikan dengan Aaron Keller yang juga pembangun veteran dan salah seorang pengasas Overwatch. Maklumat lanjut mengenai apa seterusnya dari Aaron dan juga Overwatch 2 akan dikongsi dalam masa terdekat.

Leave a Reply