Apex Legends bakal memulakan musim baharu mereka pada 4 Mei 2021, berbanding dipanggil sebagai Musim Ke-9, ia dinamakan sebagai Legacy. Buat masa ini maklumat mengenai musim baharu masih tidak dikongsi-kan lagi, namun kita sekurang-kurangnya mengetahui dua perkara iaitu senjata baharu, Bocek Bow dan Legend baharu Valkyrie.

Bagi Valkyrie, Respawn telah berkongsi video pengenalan untuknya dan kita bukan sahaja dapat mengenali lebih lanjut mengenai watak baharu tersebut tetapi akhirnya mendapat lihat dengan lebih jelas kaitan di antara Apex Legends dan satu lagi permainan Respawn iaitu Titanfall.

Di dalam video Stories from the Outlands – Northstar, Valkyrie diperkenalkan sebagai Kairi Imahara iaitu anak kepada Viper iaitu salah seorang penjahat di dalam Titanfall 2. Di dalam video ini, Valkyrie cuba untuk membunuh Kuben Blisk yang merupakan ketua kepada Viper kerana mengatakan dia menyebabkan kematian ayahnya. Namun, berbanding membunuh Blisk, Valkyrie sebaliknya mengambil kad jemputan untuk memasuki Apex Legends.

Pada akhir diperlihatkan yang Rampart sedang melakukan pengubahsuaian kepada Titan Northstar yang digunakan Viper, ia mungkin berkait dengan kebolehan untuk Valkyrie. Berdasarkan gambar promo yang dikongsi, Valkyrie memakai jetpack yang juga boleh melakukan serangan sambil terbang.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang. Ia percuma untuk dimainkan dan mempunyai pembelian di dalam aplikasi. Versi mudah alih juga diumumkan, akan memasuki sesi beta tertutup tidak lama lagi.

Sohor Kini