Kemaskini: Ubisoft kini hadir dengan satu laman khusus untuk mengikuti perkembangan terbaru mengenai kandungan-kandungan tambahan bagi Assassin’s Creed di medium berlainan. Anda boleh layari laman tersebut di; assassinscreed.com/stories.


Jika ingin dibandingkan dengan permainan-permainan lain oleh Ubisoft, Assassin’s Creed boleh dikatakan sebagai siri yang paling banyak dikembangkan melalui pelbagai medium selain daripada permainan video. Ia telah menerima novel, komik, animasi dan juga filem aksi nyata.

Melalui perkongsian mereka kepada Game Informer, Ubisoft telah mengumumkan pelbagai kandungan baharu untuk pelbagai medium berbeza yang akan tiba. Kebanyakan daripadanya memfokuskan kepada kandungan China. Berikut adalah antara yang dikongsi-kan;

Novel

  • Assassin’s Creed Fragments – Mengenai remaja yang terperangkap di antara peperangan Assassin dan Templar. Setiap buku akan membawa penceritaan mengenai watak utama berbeza di kurun dan juga kawasan berlainan. Buku pertama berlaku di zaman kurun ke-19 di Jepun, buku kedua Kurun ke-13 di Scotland, dan buku ketiga kurun ke-17 di Perancis.
  • Assassin’s Creed: The Jade Seal Collection – Memfokuskan kepada Dinasti Zhou sehinggalah Dinasti Ming, ia akan mempunyai 10 novel.
  • Assassin’s Creed: The Ming Storm – Siri novel trilogi yang memfokuskan kepada kurun ke-16 China, ia memfokuskan kepada Shao Jun yang diperkenalkan di dalam permainan Assassin’s Creed Chronicles: China.

Komik/Novel Visual

  • Assassin’s Creed Dynasty – Mengikut watak Li E, seorang Assassin yang cuba menyelamatkan Dinasti Tang dari perang saudara. Ia akan tiba bermula September ini.
  • Assassin’s Creed Valhalla: Blood Brothers Manhua – Mengikut dua orang adik beradik Viking, berlaku sebelum sesi permainan Assassin’s Creed Valhalla.
  • Assassin’s Creed Valhalla: French Graphic Novel – Mengikut seorang Assassin dan paderi yang mengembara dari Ravensthorpe ke Scotland.
  • Assassin’s Creed: Valhalla Song of Glory – Mengikut kisah Eivor dan Sigurd sebelum kejadian di dalam permainan. Komik oleh Dark Horse Comics ini akan dilancarkan pada 21 April.
  • Assassin’s Creed: Blade of Shao Jun – Satu lagi kisah mengenai Shao Jun, ia juga akan menyertakan watak zaman moden iaitu Lisa yang diperangkap oleh Abstergo.

Kandungan Digital

  • Assassin’s Creed: Turbulence in the Ming Dynasty Podcast – Versi audio untuk novel Turbulence in the Ming Dynasty yang akan menyertakan senarai pelakon suara terkenal. Ia juga akan mempunyai pelbagai kesan bunyi memberi pengalaman mendengar yang lebih mendalam.
  • Webtoons – Webtoons berbahasa Korea akan memfokuskan kepada watak Edward Kenway yang juga sambungan kepada permainan Assassin’s Creed Black Flag.

Bagi memudahkan untuk peminat mengikut kandungan-kandungan tambahan ini, Ubisoft akan melancarkan satu laman khusus pada minggu ini.

Sohor Kini