Pembangun Celeste Mengumumkan Permainan Baharu – Earthblade

Extremely Ok Games iaitu pembangun untuk permainan platformer Celeste telah mengumumkan mereka sedang membangunkan permainan baharu iaitu Earthblade. Buat masa ini, mereka tidak ingin berkongsi lanjut mengenainya dan sekadar berkongsi muzik runut yang dikatakan memberi gambaran mengenai permainan ini.

Namun, mereka menyatakan yang ia adalah permainan aksi pengembaraan 2D yang mempunyai dunia yang berterusan. Tarikh pelancaran tidak diumumkan, akan tetapi ia akan tiba pada kurun ini. Melalui perkongsian di blog mereka, Extremely Ok Games mengatakan mereka sudah mempunyai 3 prototaip permainan sebelum gembira dengan Earthblade.

Sohor Kini