Pada tahun 2018, Shaun Escayg iaitu pada masa itu merupakan pengarah kreatif untuk Uncharted: The Lost Legacy telah mengumumkan yang selepas 7 tahun beliau meninggalkan Naughty Dog dan perjalanan seterusnya untuk beliau adalah bersama Crystal Dynamics untuk projek Marvel’s Avengers.

Minggu ini, kurang daripada setahun permainan Marvel’s Avengers dilancarkan, Shaun Escayg telah mengumumkan yang beliau meninggalkan Crystal Dynamics dan kembali ke Naughty Dog. Berdasarkan profil di Twitter, beliau memegang jawatan pengarah kreatif dan juga penulis di studio The Last of Us tersebut.

Sebelum meninggalkan Naughty Dog, beliau terlibat di dalam pembangunan permainan The Last Of Us dan Uncharted 4: A Thief’s End. Dengan Naugty Dog tampaknya lebih mempunyai prospek yang lebih menarik berbanding Crystal Dynamics, tidak mengejutkan peralihan ini berlaku.

Sohor Kini