Seperti yang diumumkan sebelum ini, melalui inisiatif Play at Home oleh PlayStation, mereka akan menawarkan sebilangan permainan secara percuma untuk semua pemilik konsol PlayStation. Hari ini, mereka menawarkan Horizon Zero Dawn Complete Edition secara percuma dan tawaran tersebut adalah sehingga 15 Mei. Anda boleh tebusnya melalui pautan ini, ataupun melalui aplikasi PS di peranti pintar dan juga melalui konsol.

Melalui Play at Home, tawaran ini tidak memerlukan langganan PS Plus dengan kata lain jika anda menebus-nya, ia akan sepenuhnya menjadi milik anda. PlayStation sebelum ini telah menawarkan 9 permainan percuma iaitu Ratchet & Clank dan juga Abzu, Rez Infinite, Subnautica, The Witness, Astro Bot Rescue Mission, Moss, Thumper, dan Paper Beast yagn masih boleh ditebus.

Horizon Zero Dawn Complete Edition merupakan permainan aksi pengembaraan dunia terbuka oleh Guerilla Games, edisi ini menyertakan bersama DLC untuknya iaitu The Frozen Wilds. Ia sudah dilancarkan untuk PlayStaiton 4 dan PC. Boleh juga dimainkan di PlayStation 5 melalui keserasian belakang. Permainan susulan iaitu Horizon Forbidden West dijangka akan tiba sekitar tahun ini.

Sohor Kini