Microsoft telah mengumumkan yang mereka akan mula menghantar jemputan kepada pelanggan Xbox Game Pass Ultimate untuk mencuba xCloud di PC dan juga iOS melalui pelayar. Mereka telah bekerjasama dengan Rainway untuk hadir dengan fungsi ini. xCloud buat masa ini hanya disokong melalui aplikasi Xbox di peranti Android.

Mereka sebelum ini mempunyai masalah untuk hadir dengan aplikasi khusus di iOS kerana Apple tidak membenarkan aplikasi penstriman permainan video melainkan setiap permainan yang ditawarkan melalui proses penapisan mereka. perkara tersebut adalah sangat menyusahkan kerana xCloud berkait dengan Xbox Game Pass yang mempunyai banyak permainan serta sering ditukar ganti.

Dengan melancarkannya melalui pelayar, Microsoft tidak lagi perlu melalui Apple. Jika anda mempunyai jemputan, anda boleh melayari laman www.xbox.com/play untuk mencubanya. Perkhidmatan xCloud adalah terhad di beberapa negara sahaja oleh itu anda mungkin perlukan VPN.

Sohor Kini