Presiden Sony Interactive Entertainment, Jim Ryan melalui perkongsian di laman blog rasmi PlayStation telah mengumumkan yang mereka tidak lagi meneruskan perancangan untuk menutup PS Store bagi PlayStation 3 dan juga PS Vita buat masa ini. Penutupan PS Store untuk PSP akan diteruskan.

Beliau mengatakan yang pengumuman untuk menutup PS Store bagi kedua-dua konsol tersebut adalah satu kesilapan, mereka sebelum ini mengambil keputusan tersebut atas sebab cabaran untuk memberi sokongan kepada konsol lama, akan tetapi mereka menyedari yang pemain ingin terus membeli dan bermain permainan-permainan klasik.

Pada akhir bulan lepas, Sony telah mengumumkan yang PS Store untuk PS3 dan PSP akan ditutup pada 2 Julai 2021 dan untuk PS Vita pada 27 Ogos 2021. Dengan perkembangan terbaru ini, tampaknya pemilik PS3 dan juga PS Vita boleh menarik nafas lega, sekurang-kurangnya untuk setahun dua lagi.

Sohor Kini