Siri Animasi Dota Disahkan Akan Menerima Musim Kedua

Musim pertama untuk siri animasi Dota iaitu Dota: Dragon’s Blood baru sahaja disiarkan di Netflix pada akhir bulan lepas, dan hari ini akaun Twitter rasmi Dota 2 telah mengumumkan yang siri tersebut akan menerima musim kedua, ataupun dipanggil sebagai Book 2.

Dengan pertama kali ini, kisah permainan Dota dengan medium yang lebih mendalam, tidak mengejutkan jika ia mendapat sambutan yang baik. Bagi musim pertama ia memfokuskan kepada kisah Davion Dan Mirana selain itu, Invoker juga memainkan peranan penting di dalam penceritaan terutama di bahagian akhir.

Jika anda masih tidak tonton siri ini, ia sudah tiba di Netflix dan jika anda ingin membaca ulasan kami untuknya, anda boleh lakukannya melalui pautan ini; Ulasan DoTA: Dragon’s Blood – Siri Animasi Untuk Permainan Popular.

Sohor Kini