Skip to main content

Ubisoft hari ini mengumumkan kejohanan esukan Rainbow Six Siege Operation League MY/SG/PH/ID akan bermula secara rasmi pada bulan Mei ini. Pendaftaran untuknya turut dibuka bermula sekarang sehingga 16 Mei 2021. Jika anda ingin menguji kemahiran, pendataran boleh dilakukan melalui pautan ini.

Kejohanan ini akan menawarkan hadiah terkumpul $15 ribu (~RM61 ribu) dan tempat untuk kejohanan Operation League SEA Championship 2021. Setiap pasukan yang mendaftar akan melalui pusingan kelayakan mengikut negara manakala empat pasukan terbaik daripada musim lepas iaitu nolongerInsen dari Indonesia, Team Verv dari Malaysia, Rolav dari Singapura dan Old Dog dari Indonesia akan terus layar ke peringkat kumpulan.

Berikut adalah jadual untuk pusingan kelayakan untuk Malaysia, peringkat kumpulan dan juga playoff:

  • Pusingan Kelayakan Malaysia #1: 12 Jun 2021
  • Pusingan Kelayakan Malaysia #2: 13 Jun 2021
  • Peringkat Kumpulan A: 26 Jun 2021- 27 Jun 2021
  • Peringkat Kumpulan B: 3 Julai 2021 – 4 Julai 2021
  • Playoff: 9 Julai 2021 – 11 Julai 2021

Bagi maklumat lanjut anda boleh layari facebook.com/RainbowSixOperationLeagueMYSGPHID dan penstirman kejohanan di twitch.tv/rainbow6sea.

Leave a Reply