Mihoyo Technology iaitu penerbit dan pembangun untuk permainan Genshin Impact dan Honkai Impact telah mengumumkan yang mereka akan membawa permainan novel visual detektif Tears of Themis akan dikeluarkan untuk pasaran global. Ia sudah dikeluarkan di China pada tahun lepas.

Di dalam permainan ini, ia memfokuskan kepada 4 detektif, dan pemain perlu menyiasat sesuatu kes. Pemain perlu mencari bukti melalui “point and click”, pemain juga perlu menilai setiap bukti dan perlu memasuki mahkamah untuk lawan dengan penjenayah. Ia juga akan menyertakan elemen romantik melalui perhubungan dengan setiap detektif tersebut.

Tears of Themis dijangka tiba pada tahun 2021 untuk iOS dan Android. Jika anda ingin berpeluang untuk mencubanya lebih awal anda boleh daftar melalui pautan ini; https://tot.mihoyo.com/en/.

Sohor Kini