PopReach Akan Menerbitkan Permainan Mudah Alih Payday: Crime War

Pada tahun 2018, StarBreeze telah hadir dengan permainan mudah alih berdasarkan siri Payday iaitu Payday: Crime War ia dilancarkan secara beta tertutup sebelum dilancarkan secara meluas tetapi masih terhad. Namun, pada tahun 2019, mereka mengumumkan permainan tersebut dihentikan sehinggalah ia menerima penerbit baharu.

2 tahun kemudian, Starbreeze telah mengumumkan yang mereka telah menandatangani perjanjian bersama dengan Popreach iaitu penerbit permainan mudah alih seperti ‘Peak-Brain Training’ dan ‘War of Nations’, untuk mereka sepenuhnya akan membangunkan serta menerbitkan permainan tersebut.

Melalui perjanjian ini, Popreach akan membayar Starbreeze $250 ribu (~RM1 juta) sebagai pembayaran awal dan akan menerima royalti sepanjang permainan tersebut beroperasi. IP Payday dan permainan tersebut akan terus dimiliki oleh Starbreeze.

Semasa ia dilancarkan secara beta tertutup pada tahun 2018, kami sudah mencubanya dan anda boleh baca di pautan ini; Overkill Memperkenalkan PAYDAY: Crime War – PAYDAY Versi Permua.

Sohor Kini