PlayStation Berkongsi Lanjut Bentuk Pertempuran Nier Replicant

Nier Replicant Ver. 1.22474487139 merupakan permainan penambah-baikkan untuk Nier Replicant yang dikeluarkan untuk PS3 pada tahun 2010 di Jepun. Bagi pasaran global, Nier Gestalt ataupun Nier dikeluarkan yang mempunyai kandungan permainan yang sama tetapi menggunakan watak yang lebih tua berbanding remaja untuk Replicant.

Selain menambah-baik grafik dan juga muzik, Nier Replicant Ver. 1.22474487139 juga telah mempertingkatkan kualiti bentuk pertempuran terutama untuk memberi perasaan yang lebih kurang dengan Nier: Automata. Melalui perkongsian bersama dengan PlayStation Underground mereka berkongsi lanjut mengenainya.

Pada percubaan kami sendiri, pertempuran di dalam versi baharu ini akan memberi perasaan yang lebih baik, memberikan lebih kawalan kepada pemain dan terasa sangat lancar. Jika anda pernah bermain Nier: Automata, ia memberi perasaan yang lebih kurang dengan tambahan Nier: Replicant mempunyai magis yang boleh digunakan semasa bertempur, memberi tambahan ‘peluru’ kepada pemain.

Nier Replicant Ver. 1.22474487139 akan dilancarkan pada 22 April 2021 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PS5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini