Pada Oktober tahun lepas, Kerajaan Amerika Syarikat telah mendakwa tiga individu iaitu Gary Bowser, Max Louaran, dan Yuannig Chen yang dikatakan menjadi dalang kepada Team-Xecuter di atas tuduhan mengambil keuntungan melalui produk cetak rompak. Team-Xecuter terkenal menghasilkan perisian untuk Nintendo Switch yang telah di-godam membolehkan ia digunakan bersama dengan perisian cetak rompak.

Berdasarkan laporan oleh Polygon, tambahan kepada dakwaan oleh kerajaan AS tersebut, Nintendo sendiri telah memfailkan saman terhadap Gary Bowser, yang menurut Nintendo merupakan ketua kepada kumpulan Team-Xectuter tersebut. Nintendo juga mengatakan Bowser sudah terlibat di dalam kegiatan ini sejak tahun 2013 lagi untuk konsol Nintendo 3DS.

Melalui saman tersebut, Nintendo inginkan pampasan sebanyak $2,500 untuk setiap konsol, serta $150 ribu untuk melanggar hak cipta dan mereka juga ingin setiap operasi oleh Bowser ditutup sepenuhnya.

Sohor Kini