Mihoyo telah mengumumkan secara rasmi versi 1.5 untuk Genshin Impact, seperti kemaskini-kemaskini utama sebelum ini, ia akan menawarkan pelbagai kandungan dan juga aktiviti baharu.

Versi 1.5 ini akan dikeluarkan pada 28 April 2021. Berikut adalah antara kandungan baharu yang disertakan;

Penceritaan Baharu

Kemaskini ini dinamakan sebagai “Beneath the Light of Jadeite, dan ia akan menawarkan penceritaan baharu yang juga sambungan kepada penceritaan yang terhenti sebelum ini. Kali ini, ia memfokuskan kepada kawasan Liyue dan meneruskan penceritaan bersama Zhongli. Manakala untuk Hangout Events yang diperkenalkan semasa versi 1.4, ia akan menyertakan penambahan watak iaitu Noelle dan Diona.

Watak Baharu

Versi 1.5 akan menerima dua watak baharu iaitu Eula dan Yanfei. Eula merupakan watak 5-star yang menggunakan senjata claymore dan mempunyai elemen Cryo. Dia mempunyai serangan AoE dan mempertingkatkan kesukaran untuk dihalang apabila melakukan Elemental Skill dan Elemental Burst. Yanfei pula adalah watak 4-star yang menggunakan Catalysts dan mempunyai elemen Pyro.

Boss Baharu

Jika anda sudah terasa bosan dengan boss mingguan yang hadir, versi 1.5 juga akan menyertakan boss baharu untuk pemain bertempur. Mereka ialah Azhdaha ataupun “Lord of Vishaps” yang merupakan lawan Trounce Domain baharu yang akan menawarkan ganjaran setiap minggu. Azhdaha mempunyai kebolehan untuk menukar elemen dan mengubah keadaan permukaan. Seterusnya adalah Cryo Hypostasis yang akan hadir sebagai Boss Enemy.

Casa Impian

Walaupun menjadi seorang Traveler, tidak bermakna pemain perlu mengembara sepanjang masa. Melalui versi 1.5, pemain akan memperoleh satu realm tersendiri yang boleh diakses menggunakan Serenitea Pot. Di dalam realm ini, pemain boleh memiliki satu rumah di mana ia mempunyai pelbagai gaya yang boleh dipilih. Pemain boleh menghias dalam rumah dan juga luar rumah.

Lain-Lain

Selain perkara di atas, versi 1.5 juga akan menyertakan penambah-baikkan untuk bentuk permainan, antaranya adalah mengurangkan sehingga separuh kos untuk menebus ganjaran bagi Trounce Domain setiap minggu dan mempertingkatkan jumlah Companionship XP yang diperoleh semasa sesi koperasi sehingga dua kali ganda. Artifact baharu juga diperkenalkan iaitu Tenacity of the Millelith yang memfokuskan kepada HP dan Shield, Pale of Flame pula memfokuskan kepada Physical Damage.

Seperti diumumkan pada akhir tahun lepas, Genshin Impact akan menerima versi PlayStation 5 dan ia akan dilancarkan bersama dengan versi 1.5 iaitu pada 28 April ini. Ia akan menyertakan sokongan resolusi sehingga 4K dengan penggunaan tekstur yang lebih berkualiti serta kadar pemuatan yang lebih pantas.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PC, iOS dan Android. Ia boleh didapati secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini