Core Games merupakan satu platform pembangunan video yang dibangunkan oleh Manticore Games. Melaluinya, ia akan memberi peralatan kepada pembangun untuk menghasilkan permainan mereka sendiri. Core Games akan menyertakan pelbagai aset terbina untuk memudahkan pembangun, selain itu permainan juga boleh dimainkan oleh pemain melalui hub yang disertakan di dalam Core Games sendiri.

Oleh itu, Core Games bukan sahaja berfungsi untuk pembangun, sebaliknya ia juga boleh dimuat turun oleh pemain untuk bermain pelbagai permainan yang dibangunkan menggunakannya. Buat masa ini, terdapat lebih 20 ribu permainan yang disediakan secara percuma daripada pelbagai genre.

Manticore Games mengatakan yang mereka berharap pembangun dapat menghasilkan pelbagai permainan dan dapat menjana pendapatan secara terus melalui permainan-permainan mereka. Dibangunkan menggunakan Unreal Engine dengan bantuan oleh Epic Games, Core Games buat masa ini dilancarkan secara eksklusif di Epic Games Store secara akses awal.

Tidak kira anda ingin membangunkan permainan tersendiri ataupun mencuba puluhan ribu permainan percuma, anda boleh muat turun Core Games di Epic Games Store.

Sohor Kini