Main Red Alert 2 Di Pelayar Melalui Projek Oleh Pemain

Red Alert 2 merupakan permainan strategi masa nyata yang dikeluarkan pada tahun 2000 untuk PC. Ia adalah antara permainan strategi yang paling popular suatu ketika dahulu. Bagi pemain yang ingin mengenang nostalgia, permainan ini boleh dimainkan dengan pelbagai cara, sama ada membeli terus dari EA ataupun Steam, secara dalam talian dan kini ia juga boleh dimainkan secara terus dari pelayar.

Chrono Divide merupakan projek oleh pemain Red Alert 2 yang ingin menghasilkan semula permainan tersebut menggunakan teknologi web untuk membolehkan ia dimainkan secara terus di pelayar. Anda boleh tonton video bentuk permainan untuknya di bawah.

Jika anda ingin mencuba, anda boleh layari laman Chrono Divide, kemudia daftar akaun baharu, ia tidak memerlukan emel ataupun sambungan media sosial. Anda boleh bermain dengan pemain lain melalui bilik yang tersedia ataupun menghasilkan bilik sendiri. Ia masih di peringkat alfa dan mungkin mempunyai pelbagai pepijat.

Sumber: Amanz

Sohor Kini