Bandai Namco hari ini telah mengumumkan yang permainan perlawanan mereka Tekken 7 telah terjual sebanyak 7 juta unit sejak dilancarkan pada tahun 2015. Jumlah tersebut memperlihatkan peningkatan sebanyak 2 juta unit berbanding bulan Februari tahun lepas.

Walaupun sudah dikeluarkan lebih 6 tahun lepas, Tekken 7 terus menerima kandungan tambahan. Termasuk juga watak Lidia Sobieska yang merupakan rekaan baharu untuk siri ini. Tekken 7 telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Steam, ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini