Kemaskini, 27 April 2021: Capcom mengumumkan Ghosts ‘n Goblins Resurrection akan dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 1 Jun 2021. Pra-tempah untuknya juga kini dibuka dan setiap pra-tempah di PS4 dan juga Xbox One membolehkan ia dimainkan sehari lebih awal, manakala di PC akan mendapat wallpaper dan juga muzik.


Capcom minggu ini telah mengumumkan yang Ghosts ‘n Goblins Ressurection yang sudah dikeluarkan untuk Nintendo Switch pada bulan Februari lepas, akan turut dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Ghosts ‘n Goblins Resurrection merupakan permainan olahan semula untuk permainan Ghosts ‘n Goblins yang dikeluarkan untuk NES pada 30 tahun lepas. Di dalam permainan ini ia pemain akan membawa watak Arthur yang perlu menyelamatkan seorang permaisuri.

Menariknya melalui permainan Ghosts ‘N Goblins Resurrection baharu ini, Capcom menyertakan beberapa tahap kesukaran yang berbeza sekaligus memberi kemudahan buat mereka yang baharu dengan siri permainan ini. Untuk pemain veteran, Capcom juga menyertakan mod kesukaran tahap Legend yang pasti akan menguji ketangkasan pemain.

Buat masa ini, Capcom masih tidak mengumumkan tarikh pelancaran akan tetapi ia akan tiba sekitar tahun ini.

Sohor Kini