Activision telah mengumumkan yang Call of Duty Mobile World Championship akan kembali untuk tahun ini, selepas penganjurannya dibatalkan pada tahun lepas. Ia adalah kejohanan yang akan mempertandingkan pasukan terbaik daripada 7 benua termasuk juga untuk Asia Tenggara.

Call of Duty Mobile World Championship akan menawarkan hadiah terkumpul $2 juta (~RM8.26 juta) yang memperlihatkan peningkatan berbanding tahun lepas iaitu $750,000. Garena selaku penerbit permainan ini di Asia Tenggara akan menganjurkan pusingan kelayakan dan ia bermula pada Julai 2021. Maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan kelak.

Pada tahun lepas, wakil Asia Tenggara adalah NRX Jeremiah 29:11 iaitu pasukan dari Filipina, selepeas mengalahkan 5 pasukan lain termasuk juga dari Malaysia iaitu RSG yang kini dikenali sebagai Yoodo RSG.

Sohor Kini