Semasa pengumuman ketika Resident Evil Showcase, selain memperlihatkan maklumat terbaru mengenai permainan video mereka juga telah berkongsi treler terbaru untuk Resident Evil: Infinite Darkness iaitu siri animasi di Netflix. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Video tersebut memperlihatkan bagaimana Leon dan Claire berjumpa, mungkin pertama kali selepas Resident Evil: Degenaration. Seperti laporan kami sebelum ini, Claire telah tiba di White House untuk memperlihatkan satu lukisan oleh pelarian yang nampak seperti kejadian di Raccoon City. Leon pula berada di sana untuk menyiasat cubaan untuk mengakses fail rahsia daripada White House. Namun, tidak lama kemudian White House didapati telah dipenuhi dengan zombi.

Netflix juga telah mengumumkan yang siri Resident Evil: Infinite Darkness ini akan disiarkan di Netflix pada bulan Julai ini.

Sohor Kini