Siri HBO The Last of Us sebelum ini telah menerima pelakon untuk dua watak utama iaitu Pedro Pascal sebagai Joel dan Bella Ramsey sebagai Ellie. Hari ini, diumumkan pula Gabriel Luna akan melakonkan watak Tommy iaitu adik kepada Joel.

Gabriel Luna sebelum ini pernah melakonkan watak Robbie Reyes ataupun Ghost Rider di dalam siri Agent of S.H.I.E.L.D, beliau juga merupakan Gabriel dan Rev-9 di dalam filem Terminator: Dark Fate. Ini merupakan kali kedua beliau akan terlibat dengan siri HBO selepas siri True Detective.

Di dalam permainan pertama The Last of Us, Tommy hanya memainkan peranan yang kecil sahaja pada awal dan juga pertengahan permainan. Oleh itu agak menarik untuk melihat jika wataknya akan dikembangkan lagi di dalam siri ini.

Sohor Kini