Bend Studio dan Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan yang permainan dunia terbuka Days Gone akan dilancarkan untuk PC pada 18 Mei 2021 di Steam dan juga Epic Games Store. Ia menyertakan pelbagai fungsi yang tidak hadir untuk versi konsol, dan anda boleh tontonnya melalui video di bawah.

Antara yang disertakan adalah sokongan monitor ultra-lebar, kadar kelancaran yang tidak dihadkan dan juga pelbagai tetapan lain yang boleh diubah seperti yang sudah dijangkakan untuk satu permainan PC. Ia juga menyokong fungsi mod foto dengan resolusi yang lebih tinggi.

Days Gone sebelum ini dilancarkan secara eksklusif untuk konsol PlayStation tetapi di bawa ke PC. Ia adalah permulaan kepada lebih banyak lagi permainan oleh PlayStation Studios yang akan dikeluarkan untuk PC. Days Gone boleh di pra-tempah di Steam dengan harga RM209 dan di Epic Games Store dengan harga $21.49 (~RM88).

Sohor Kini