Ubisoft dan Adult Swim mengumumkan kerjasama untuk membawa dua berkas kosmestik berdasarkan siri Rick & Morty iaitu Sledge Gromflomite dan Smoke Pickle Rick ke permainan Tom Clancy’s Rainbow Six Siege bermula hari ini. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Berkas Sledge Gromflomite akan menyertakan uniform untuk Gromflomite dan pelindung kepala, hiasan untuk attachment Federation Defense, hiasan senjata untuk M590A1 yang digaunakan oleh Sledge dan charm Seal Team Rick.

Manakala berkas Smoke Pickle Rick pula akan menyertakan kostum Pickle Rick Rat dan juga pelindung kepala. Hiasan untuk attachment bagi Portal Gun dan charm Pickle Rick.

Setiap berkas boleh didapati dengan R6 Credit iaitu 2160. Ubisoft juga mengumumkan akan terdapat pelbagai lagi kandungan yang akan tiba sepanjang Tahun 6. Rainbow Six Siege sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini