Persona Theory Games merupakan studio pembangunan indie dari Malaysia, mereka sebelum ini telah hadir dengan satu permainan iaitu Fires at Midnight, dan mereka bakal melancarkan permainan kedua iaitu Kabaret yang juga merupakan permainan novel visual.

Kabaret adalah permainan novel visual, permainan akan mengikut watak Jebat dan perlu menjadi penilik untuk mencari informasi agar dapat menghapuskan sumpahan. Ia akan menyertakan pelbagai makhluk mitos daripada cerita rakyat di Asia Tenggara. Permainan ini juga akan menyertakan permainan mini seperti menilik berdasarkan daun teh, permainan-permainan rakyat Asia Tenggara dan juga runut bunyi oleh Hello Universe dan Sambasunda Indonesia.

Kabaret akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini, jika anda ingin cuba sebelum ia dilancarkan, mereka juga menawarkan demo secara percuma dan anda boleh muat turunnya melalui Steam.

Sohor Kini