All in! Games telah mengumumkan yang DLC untuk permainan Tool Up! iaitu Garden Party dilancarkan hari ini, ia akan menyertakan peringkat baharu dan memfokuskan kepada kawasan luar rumah. Anda boleh tonton treler untuk episod pertama bagi DLC ini di bawah.

DLC Garden Party akan dibahagikan kepada tiga episod, dan setiap satunya akan menyertakan peringkat, peralatan dan mekanik baharu. Setiap episod boleh dibeli secara berasingan dengan harga RM15.50 ataupun pas musim dengan harga RM32. Episod 1 sudah tiba dan Episod 2 serta 3 akan tiba tidak lama lagi.

Tools Up! sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang. Anda boleh baca ulasan kami untuknya; Ulasan Tools Up! – Permainan Simulasi Casa Impian Yang Hanya Seronok Bersama Rakan.

Sohor Kini