Returnal iaitu permainan akan datang oleh Housemarque telah siap dibangunkan dan bersedia untuk dilancarkan pada 30 April ini. Ia adalah permainan roguelite dan anda boleh baca maklumat lanjut mengenai permainan ini bersama dengan temubual dengan pembangun melalui pandang pertama yang kami keluarkan sebelum ini.
PlayStation dan Housemarque minggu ini juga telah berkongsi treler baharu untuknya, ia kali ini memfokuskan penjahat-penjahat berbeza yang pemain perlu lawan di dalam permainan ini. Antara penjahat yang disertakan adalah Mycomorph, Titanops, Automaton, Gorgolith, Ixion dan Infected Scout. Setiap daripada mereka mempunyai gaya serangan tersendiri.
Returnal akan dikeluarkan secara esklusif untuk PlayStation 5 pada 30 April, ia kini boleh di pra-tempah melalui PS Store dengan harga RM299 untuk edisi biasa, RM339 untuk edisi Deluxe yang menyertakan pelbagai barangan di dalam permainan.