Nier: Automata Versi Steam Akan Menerima Tampalan Penambah-Baikkan

Nier: Automata adalah satu permainan aksi yang sangat baik, namun versi PC yang dilancarkan di Steam telah menerima kritikan kerana tidak membawa prestasi sebaik versi PlayStation 4, ia juga kekurangan tetapan untuk satu permainan di PC.

Perkara tersebut mula dibangkitkan lebih 3 tahun kemudian apabila Nier: Automata telah ditawarkan untuk pengguna Xbox Game Pass for PC, dan pemain telah mengatakan yang versi tersebut adalah lebih baik berbanding PC. Ia juga mempunyai pelbagai tetapan seperti tetapan ‘Borderless’, FidelityFX, HDR dan juga antaramuka ditingkatkan ke resolusi 4K.

Perkara tersebut telah membuat pemain kembali mengkritik versi Steam dan mengatakan mengapa ia tidak mendapat versi yang sama. Square Enix tidak menjawab perkara tersebut, sebaliknya mereka mengatakan yang kemaskini tampalan untuk menambah-baik versi Steam sedang dibangunkan. Buat masa ini tidak disahkan lagi bila ia akan tiba.

Nier: Automata sudah-pun dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia turut ditawarkan untuk Xbox Game Pass di Xbox dan juga PC.

Sohor Kini