EA dan Bioware sebelum ini telah mengumumkan yang Mass Effect Legendary Edition sudah siap dibangunkan dan bersedia untuk dilancarkan pada 14 Mei 2021.

Semasa ia pertama kali diumumkan pada bulan Februari lepas, mereka telah memperlihatkan perbandingan di antara dua versi tersebut, dan ada yang berjenaka mengatakan ia sekadar menambah suar lensa. Melalui video perbandingan yang baru dikongsi oleh mereka, ia memperlihatkan pelbagai perubahan untuk member kualiti grafik yang lebih baik.

Berdasarkan perkongsian di blog rasmi Mass Effect, Bioware telah mengatakan proses penambah-baikkan telah dilakukan secara tiga fasa iaitu Membina Asas, Usaha Pemodenan, dan Membina Semula Dunia. Mereka telah menerangkan secara mendalam termasuk juga bahagian teknikal untuk setiap proses tersebut, anda boleh melawati blog tersebut untuk membacanya secara lanjut.

Mass Effect Legendary Edition akan dikeluarkan pada 14 Mei 2021 untuk PlayStation 4, Xbox One dan juga PC melalui Steam serta Origin. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini