505 Games dan All In! Games bersama dengan One More Level, 3D Realms dan Slipgate Ironworks telah mengumumkan mod baharu iaitu Kill Run Mode dan juga Photo Mode akan tiba untuk permainan Ghostrunner bermula hari ini. Selain itu, Ghostrunner juga menerima DLC berbayar yang menyertakan barangan kosmetik iaitu Metal Ox Pack.

Di dalam Kill Run Mode, pemain akan menguji kemahiran dengan mendapat jumlah bunuh tertinggi di dalam masa tertentu, setiap kali pemain melakukan pembunuhan, pemain akan menerima penambahan masa. Jika anda ingin menangkap gambar aksi, Photo Mode juga disertakan dan anda boleh mengambilnya dari perspektif luar berbanding sudut pandangan pertama.

Jika anda ingin menjadikan watak lebih bergaya, Metal Ox Pack juga boleh dibeli dengan harga RM20. Ia menyertakan 4 katanas dan juga sarunga tangan yang direka berdasarkan 4 prinsip Confucian iaitu Benevolence, Justice, Rite, dan Integrity. Jika anda masih tidak memiliki permainan ini, mereka juga menawarkan The Keymaster Bundle yang memberikan permainan Ghostrunner bersama dengan dua DLC termasuk juga Metal Ox Pack, ia ditawarkan dengan potongan harga 10% ataupun 47% di Steam.

Ghostrunner sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, dan PC. Kami sebelum ini telah mengeluarkan ulasan untuk permainan ini dan menganggap ia antara permainan terbaik tahun lepas.

Sohor Kini